Produk CWC



KECANTIKAN ADALAH IMPIAN WANITA


Memiliki kulit yang cantik adalah menjadi idaman setiap wanita. Kulit yang sihat, licin dan cantik merupakan aset yang penting yang memberikan gaya, keanggunan dan keterampilan. Walaubagaimanapun, penjagaan kulit memerlukan perhatian dan proses penjagaan yang berterusan. Ini adalah kerana faktor persekitaran seperti pencemaran udara dan penggunaan bahan kimia menyumbang kepada pelbagai permasalahan berkaitan kesihatan kulit.

Apakah penyelesaian kepada masalah ini? Jawapannya ‘Sains Kecantikan’.

Kosmesutikal kini menjadi elemen utama dalam penjagaan kecantikan. Sumbangan sains dalam penemuan penawar kepada kecantikan adalah amat besar. Manfaatnya? Kecantikan semulajadi yang diidamkan semakin cepat direalisasikan.

Kehadiran teknologi masakini mendorong kepada proses penghasilan bahan-bahan bermutu tinggi. Jika dahulu bahan semulajadi adalah bercorak kaedah tradisional, namun kini, ia diekstrak dan digunakan terus pada kulit anda.

Nanoteknologi pula menjadikan bahan-bahan ini begitu halus sehingga boleh menerobos ke dalam kulit dengan kadar yang cepat. Kesannya begitu memberangsangkan kerana kaedah secara langsung membawa nutrien yang diperlukan pada organ kulit anda.

Di CWC, kami menitikberatkan faktor bahan semulajadi tanpa bergantung kepada faktor bahan kimia. Kami percaya bahawa, gandingan sains dan alam semulajadi adalah yang terbaik dalam memberikan mnfaat kepada manusia.

PENJAGAAN KECANTIKAN



1. TIME ERASER (TE)



Rumusan kepada penyelesaian produk anti penuaan (anti aging) yang bertindak dari dalam kulit dengan memperbaharui dan menyokong sistem kulit supaya kelihatan lebih anjal dan muda.

Serum anti aging ini diformulasi bersama gabungan bahan-bahan terbaik dan telah diuji secara klinikal menampakkan hasil yang dikehendaki dalam masa 28 hari sahaja. Sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun dan ke atas dengan meningkatkan semula pembaharuan sel kulit dari dalam dan memberikan kesan kelihatan muda walaupun umur anda tidak menunjukkan begitu.

Gabungan ekstrak biji anggur, tetrapeptide, sacchromyces cerevisae, ekstrak willowbark, ekstrak rosemarinus officinalis, papain dan vitamin C menjadikan produk ini berada dikelasnya tersendiri.

  • Menggalakan ketegangan dan keanjalan kulit , mengurangkan EyePro®3X
  • Mengaktifkan penghasilan kolagen-Serevesae bertindak sebagai agen pemulih dan penstruktur semula tisu dengan tindakan mendalam untuk kesan pemulihan kulit yang ketara.
  • Salicylic Asid bertindak membersih kulit melalui penyingkiran bakteria dan sangat diperlukan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat.
  • Membantu mencerahkan melalui pemulihan sel kulit ditambah dengan gabungan vitamin A, C & E yang bertindak sebagai agen pencerah, antioksida dan sebagai ‘skinfood’.
  • Membantu membentuk dan menegang kulit untuk lebih kelihatan muda.
  • Melawan tanda-tanda penuaan


2.  LADY CARE



Produk penjagaan wanita dengan ekstrak manjakani, teh hijau, dan rumpai laut dengan formulasi ‘soap
base free & SLES free’ Gabungan ekstrak herba ini membantu merapatkan, melembap, serta mengekalkan
keradangan dan ianya juga amat sesuai dengan tahap pH pada kulit di bahagian sulit wanita.

Lady care sebagai agen pembersih bahagian sulit wanita dan setrusnya menghalang pembentukan bekteria
punca bau.

Ia juga dapat membantu mengetatkan bahagian sulit wanita terutama yang baru lepas bersalin kepada keadaan asal.

Dirumua khas menggunakan ramuan yang berkualiti tinggi menjamin Lady Care setanding dengan produk antarabangsa
yang lain. Tiga bahan utama yang mempunyai khasiat tersendiri untuk mengembalikan keyakinan pada wanita.

Terutama pada waktu datang bulan, Ini kerana menjakani bersifat astringen dan ia berupaya membasmi bakteria dan
kuman yang mencetuskan bau yang kurang enak pada faraj.

Eksrrak daripada teh hijau yang mengandungi essential oil, protein, glukoside, vitamin dan elemen mineral. Kaya
dengan nilai antioksida membantu mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit.

Manakala kandungan dari rumpai laut yang kaya dengan iodine, bromine dan potassium bertindak sebagai agen untuk
melembap dan melembutkan bahadian sulit wanita.

Gabungan ketiga-tiga bahan ini menjamin tindak balas untuk mambentu anda mengekalkan kesihatan dan kesempurnaan faraj.

1 comment:

  1. azridaazri@yahoo.com

    Masih adakah produk ini di pasaran sebab minggu lepas saya call....dikaakan produk initidak lagi dikeluarkan.

    ReplyDelete